Saturday, August 22, 2009

Kelapa Sawit

Berbekalkan pengalaman membantu bapa mengerjakan kebun kelapa sawit, bermula dengan meneroka tanah yang masih semak samun dengan pokok balak, lepas tu, membuat pancang (tanda untuk tanam anak benih)...dan seterusnya proses menjaga kebun kelapa sawit....sehinggalah menuai hasil serta menjaga kebun...Alhamdulillah, sekarang kami dah boleh buat semua sendiri. Memula pening jugak, selepas Arwah meninggal dunia, sebab rasanya masih banyak lagi ilmu yang tak dipelajari..tapi apa yang telah diajarkan cukup untuk meneruskan business keluarga ni.



Total kebun sekarang nie ada 20 ekar. Plan dalam jangka masa setahun atau 2 tahun nie, nak tambah dalam 4-5 ekar lagi. So, target...10 tahun mungkin ada dalam 100 ekar...:D. Kena imagined dulu.



Ini gambar salah sebuah kebun yang baru 3 tahun di tanam. Tapi ada yang bahagian banyak air, dah ada yang berbuah. Kat depan kebun nie kami nak buat kandang lembu. So, sambil2 buat kelapa sawit, ternak lembu sekali. Sebahagian dalam kandang, sebahagian lepas....



Dulu masa sekolah rendah, cikgu ada ajar beberapa pernyataan.."Berbudi pada tanah, banyak faedahnya"......masa tu haram tak faham..apa lee berbudi pada tanah. Maksud berbudi pun tak faham...tapi sekarang nie, memang teramat faham dan teramat bersyukur...sebab duduk kampung ada tanah....lepas nie target nak jadi jutawan tani kat kampung...:D

No comments: